Notis Privasi ini (Notis Privasi) disediakan oleh Grand Saga Sdn Bhd dan anak-anak Syarikat (dirujuk sebagai “Syarikat” dan “kami”). Notis privasi ini digubal mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta). Kami mungkin mengubah atau mengemaskinikan notis privasi ini dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada Laman Web kami untuk kemaskini ke atas notis privasi kami
A. UMUM
Data peribadi anda yang dikumpul oleh kami termasuk tapi tidak terhad kepada nama anda, alamat pos dan emel, nombor kad pengenalan (MyKad), lain-lain maklumat untuk dihubungi, maklumat pengenalan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan anda yang kami terima daripada anda melalui pelbagai bentuk dan/atau dokumen yang diberikan dan/atau yang dikumpul oleh kami atau melalui bentuk elektronik atau dokumen yang diberikan kepada kami melalui Laman Web Syarikat, atau lain-lain maklumat yang kami dapati secara persendirian daripada sumber-sumber yang sah.
B. TUJUAN
1. Kami mungkin menggunakan atau memproses data peribadi anda untuk tujuan perniagaan dan aktiviti Syarikat termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
a. Menjalankan tanggungjawab kami berhubung dengan apa-apa kontrak yang telah kami adakan dengan anda; dan/atau
b. Menyediakan apa-apa perkhidmatan atau produk yang anda minta; dan/atau
c. Memproses permohonan anda di bawah apa-apa tender oleh Syarikat atau kerja yang sedang dijalankan; dan/atau
d. Memproses pembayaran berhubung dengan apa-apa produk dan perkhidmatan yang anda telah berikan; dan/atau
e. Memproses penyertaan anda di dalam apa-apa aktiviti atau kaji selidik; dan/atau
f. Melaksanakan analisa perangkaan untuk pelbagai objektif di dalam Syarikat dan menyediakan maklumat ini kepada Syarikat; dan/atau
g. Emel promosi dan pemasaran dengan maklumat berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami; dan/atau
h. Memenuhi sebarang keperluan untuk membuat pendedahan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan dan lain-lain keperluan kawal selia yang tertakluk ke atas kami atau anak-anak Syarikat yang lain; dan/atau
i. Lain-lain tujuan yang berkaitan.
2. Kami boleh, samada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas melalui panggilan telefon, emel, khidmat pesanan ringkas, media sosial atau pun melalui apa juga bentuk komunikasi yang ada
3.Apabila data peribadi yang sensitif diberikan dan didedahkan oleh anda kepada Syarikat, melalui pendedahan ini, anda telah memberikan kebenaran kepada pihak Syarikat untuk mengumpul dan memproses data tersebut
C. PENDEDAHAN
- Anda selanjutnya bersetuju bahawa Syarikat boleh mendedahkan dan memindahkan maklumat anda (samada di dalam Malaysia atau luar negara) :
a.Kepada mana-mana syarikat dalam kumpulan Syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, ejen, perunding, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, pembekal perkhidmatan, mana-mana pihak berkuasa, kedutaan, badan berkanun, badan kawal selia, mana-mana institusi kewangan berkenaan, orang perseorangan yang di bawah tugas kerahsiaan terhadap Syarikat, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli samada sebenar atau yang dicadangkan bagi apa-apa hak/perniagaan/aset dalam Syarikat, pembekal perkhidmatan (termasuk mereka yang membantu kami dalam penyediaan Laman Web Syarikat) untuk keperluan operasi, pentadbiran, pembangunan serta pengendalian perniagaan atau laman web kami.
b. Kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas dan bagi pihak Syarikat
c. Seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau disediakan sealiran dengan mana-mana penguatkuasa kerajaan
D. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI
-
Data peribadi anda akan disimpan dalam bentuk elektronik atau salinan cetak atau mengekalkan pihak ketiga untuk menyimpan maklumat tersebut bagi pihak kami (samada dalam Malaysia atau luar negara)
-
Data peribadi yang anda berikan akan disimpan oleh Syarikat selama mana yang perlu untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam perkara (B) di atas ataupun untuk keperluan undang-undang, kawal selia dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Syarikat. Kami akan menghapuskan apa-apa data peribadi yang tidak lagi diperlukan.
E. KESELAMATAN
- Pihak Syarikat akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi data peribadi daripada hilang, disalah guna, diubah, didedahkan atau akses yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan ketika memproses data peribadi.
- Walau bagaimanapun, oleh kerana Laman Web mempunyai pautan ke internet, penghantaran data melalui internet tidak boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Oleh itu, walaupun Syarikat berusaha untuk melindungi data peribadi tersebut, Syarikat tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang data peribadi yang dihantar kepada Syarikat melalui laman web dan anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri
F. INTEGRITI DATA
- Anda, dengan ini mengesahkan bahawa anda telah beroleh kebenaran daripada orang perseorangan atau syarikat-syarikat yang diwakili oleh anda untuk anda memberikan data peribadi mereka kepada kami bagi tujuan-tujuan yang disebutkan dalam perkara (B) di atas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang disebutkan dalam perkara (C).
- Semua data peribadi yang diberikan oleh anda kepada pihak Syarikat adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan
G. HAK AKSES DAN PEMBETULAN
- Anda berhak untuk akses dan membuat permohonan untuk melakukan perubahan kepada data peribadi anda yang disimpan oleh pihak Syarikat dengan menghubungi secara bertulis kepada alamat berikut :
Untuk Perhatian:
Grand Saga Sdn Bhd
Wisma Grand Saga,
KM 16, Lebuhraya Cheras-Kajang,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
- Sealiran dengan peruntukan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi2010 (Akta), pihak Syarikat berhak untuk mengenakan bayaran yang berpatutan untuk memproses sebarang permohonan untuk akses data peribadi.
- Pihak Syarikat tidak menawarkan apa-apa kemudahan atas talian untuk anda memadam data peribadi anda yang disimpan oleh syarikat. Walau bagaimanapun, anda boleh secara bertulis, memaklumkan penarikan balik kebenaran anda atau pun menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan sewajarnya.
CETAK| ENGLISH
|