KADAR TOL SEMASA DIKEKALKAN PADA TAHUN HADAPAN

KADAR TOL SEMASA DIKEKALKAN PADA TAHUN HADAPAN

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi kebajikan rakyat dengan meneruskan kadar tol seperti biasa bagi tahun 2026 melibatkan 10 buah lebuh raya utama di seluruh negara.
Ini melibatkan 10 lebuh raya iaitu Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL–Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).