Rancang dan pandu perjalanan anda di lebuh raya Malaysia dengan lebih efisien dan selamat bersama aplikasi navigasi terkini, TuJu!
TuJu berfungsi sebagai saluran informasi perjalanan tepat, masa nyata, dan mesra pengguna.
Ciri-ciri Utama TuJu:
* Navigasi & ETA Masa Nyata: Maklumat laluan dan anggaran masa ketibaan yang tepat
* Maklumat Tol & Trafik: Kiraan caj tol segera dan laporan trafik langsung dari TMC LLM
* Akses CCTV: Lihat keadaan lebuh raya secara langsung (live CCTV)
* Bantuan Kecemasan: Akses segera kepada talian kecemasan LLM, konsesi, dan insurans
* Maklumat R&R: Cari kemudahan di Kawasan Rehat dan Rawat dengan mudah
TuJu juga berintegrasi penuh dengan Aplikasi MyJalan, membolehkan ekosistem pengangkutan digital yang lebih holistik.
Muat turun aplikasi TuJu hari ini dan rasai pengalaman perjalanan lebuh raya yang lebih lancar dan terancang!