LLM: KADAR TOL KEKAL, PERKHIDMATAN TERBAIK DITERUSKAN

LLM: KADAR TOL KEKAL, PERKHIDMATAN TERBAIK DITERUSKAN

Selaras dengan keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk 10 lebuh raya pada tahun hadapan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberikan jaminan kepentingan pengguna akan terus dilindungi melalui penyediaan perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.

Ketua Pengarah LLM dalam kenyataan berkata, syarikat konsesi akan sentiasa dipantau bagi memastikan operasi dan penyenggaraan lebuh raya dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.

Beliau berkata, langkah itu termasuk menaik taraf kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah supaya lebih kondusif dan dilengkapi kemudahan terkini, termasuk pengecas kenderaan elektrik (EV).