50% DISKAUN TOL SEMPENA DEEPAVALI 2025

50% DISKAUN TOL SEMPENA DEEPAVALI 2025

Pemberian diskaun tol 50% daripada kadar tol biasa bagi kenderaan Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) sahaja bermula pada 18 Oktober 2025, jam 12.01 tengah malam sehingga 19 Oktober 2025, jam 11.59 malam di semua plaza tol KECUALI di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA).